My lovely Followers

Followers

Friday, February 7, 2014

Siapa Zainab al Ghazali?

Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala alihi wasobbihi wassalam
Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala alihi wasobbihi wassalam
Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala alihi wasobbihi wassalam

Assalamualaikum sahabat sahabat... aa rindu nak menulis, alhamdulillah diberi idea oleh Allah untuk menulis lagi..

Nak dijadikan cerita, hari tu ana scroll scroll facebook, lepas tu ternampak satu post sahabat ana, gambar 1 buku ni, tajuknya Zainab al Ghazali.. then ana terfikir siapa Zainab al Ghazali ni sebab tak pernah dengar pasal nama ni.. ana pun mulakan research pasal beliau.. and izinkan ana kongsikan pasal beliau di sini ye.. ^^

Siapa Zainab al Ghazali



-Zainab al Ghazali dilahirkan pada 1917, berketurunan sahabat nabi Umar al khattab r.a .
-Beliau memperjuangkan islam sejak remaja dengan menyertai Kesatuan Islam Mesir pada tahun 1938, means umur beliau masa tu dalam 21 tahun lah kan... ana 22 tapi sumbangan pada islam? *nangis*
-Then after tu beliau keluar dari Kesatuan Islam Mesir dan tubuhkan Persatuan Jemaah Wanita Muslimah. Tujuan PJWM ni untuk pertahankan hak hak wanita mengikut ajaran islam.

Menyertai Ikhwanul Muslimin

-Dalam masa yang sama ketika ini Hassan al Banna gigih menggerakkan Ikhwanul Muslimin(IM), hassan al banna meminta Zainab untuk mengetuai sayap wanita dalam IM. Namun tawaran itu ditolak, tetapi beliau akan membantu IM jika diperlukan.
-Pada tahun 1948, IM mengalami kejatuhan yang teruk, ramai ahli IM ditangkap. Harta-harta dirampas. Setelah peristiwa itu, Zainab al Ghazali bersetuju untuk bergabung dengan IM, dan mengangkat bai'ah kepada Hassan al Banna untuk bergerak bersama membina semula daulah islamiyah.

Gugurnya as syahid Hassan al Banna

-12 Feb 1949 komplot untuk membunuh Hassan al Banna dijalankan, dan gugurlah seorang pejuang islam.
-Zainab al Ghazali tidak berputus asa untuk berjuang dan berbai'ah kepada pengganti Hassan al Banna iaitu Hassan al-Hudaibhi
-Pada tahun 1954, IM mendapat tentangan hebat dari pemerintah mesir ketika itu iaitu Jamal Abdul Naseer. IM diharamkan di Mesir.
-Pada tahun 1965, Jamal Abdul Naseer menuduh Zainab dan pemimpin pemimpin IM cuba membunuhnya.
-Sebelum itu, Jamal Abdul Naseer  menawarkan menjadi menteri kebajikan kepada Zainab, dengan syarat Zainab menyertai parti kerajaan. Tetapi Zainab menolak dengan berkata

"Dalam perjuanganku,aku tidak ingin menjadi menteri, aku hanya ingin berdakwah" 

-Kesannya beribu-ribu ahli IM ditangkap, termasuk Zainab.
-Zainab dan ahli-ahli IM diseksa teruk didalam penjara. Zainab diseksa dipukul teruk, direndam dalam penjara air, ancaman untuk dirogol tetapi dengan kuasa Allah, Zainab berjaya mengalahkan tentera-tentera yang ingin merogolnya itu.
-Tubuhnya disajikan kepada anjing liar yang kelaparan, tetapi dengan lindungan Allah, anjing liar itu terus tidak menyentuh tubuhnya.

Pembebasan Zainab Al-Ghazali

-Zainab al ghazali dan pemimpin-pemimpin lain dibebaskan selepas kematian Jamal Abdul Naseer
-Selepas pembebasan, zainab semakin aktif perjuangkan islam.
-Beliau terkenal dengan penulisan "Return of pharaoh" yang telah diharamkan oleh kerajaan mesir ketika itu, kerana ditujukan kepada pemimpin ketika itu.
-Beliau dijemput ilahi pada tahun 2005.

Kata-kata Zainab kepada suaminya

Zainab Al Ghazali: Ketika kita sepakat untuk menikah dahulu, ingatkan kau akan apa yang aku  
                                   katakan kepadamu tempoh hari?

Suami :  Tentu aku ingat, kau ajukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang aku khuatir atas
              keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan si zalim itu(Jamal Abdul 
             Naseer)

Zainab Al Ghazali:  Aku masih ingat benar apa yang ku ucapkan kepadamu, iaitu:

"Kau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang hidupku. Kerana kau sudah menyatakan persetujuan untuk menikahiku, maka wajiblah aku untuk mengungkapkan kepadamu dengan harapan agar kau tidak bertanya lagi tentang hal itu.

Tanggungjawab berat yang ku pikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua JammaƔh Assayidat Al -Muslimat(Persatuan Jemaah Wanita Muslimah.). Dan aku tidak akan melangkah mundur atau keluar dari garis perjuangan ini. Aku yakin bahawa memang suatu waktu aku akan jauh melangkah di medan dakwah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan peribadimu dan kepentingan perniagaanmmu bahkan dengan kepentingan kehidupan suami isteri. Dan apabila yang demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai penghalang dakwah dan rintangan untuk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan kita sudah menjadi saling bersimpangan"
                             
Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu, aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu. Lalu kau berkata, 
"Mintalah apa saja yang kau hendaki"

Namun aku tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang aku menunaikan tugas di jalan Allah.
"Aku sudah bertekad akan mengetepikan masalah perkahwinan dari hidupku, agar aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya dalam bidang dakwah. Dan kini bukanlah maksudku untuk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah hakku kiranya untuk meminta syarat darimu agar kau tidak melarangku berjihad di jalan Allah. Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para mujahidin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan.Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yang sudah menyerahkan dirinya untuk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara Islam yang sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan perkahwinan berlawanan dengan kepentingan dakwah kepada Allah, maka perkahwinan akan berhenti dan kepentingan dakwah akan terus berlanjut dalam semua kegiatan dan kehadiranku..." 

                     Apakah kau masih ingat?

Suami: Ya

Zainab Al Ghazali: 

Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jangan bertanya aku bertemu dengan siapa. Dan aku memohon Allah agar pahala jihad ini dibahagi antara kita  berdua bila Dia berkenan menerima baik amalki ini. Aku menyedari bahawa hak mu lah untuk memberi perintah kepadaku untuk aku patuhi. Tetapi Allah SWT dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya terasa lebih agung 
___________________________________________________________________

Ana rasa kerdil sangat bila baca mengenai beliau..Allahurobbi, beliau wanita yang kuat, masih dapat bertahan walaupun diseksa teruk oleh tentera Jamal Abdul Naseer Laknatullah.. Rasa-rasa kalau ana lah di seksa, mampu tak bertahan?? T_T

Dunia sekarang ni, semakin banyak jihad yang kita kena buat, Allah wajibkan kita semua ni berdakwah. Bukan setakat rukun islam je settlekan, banyak lagi tanggungjawab kita.

Tapi kalau benda-benda wajib yang basic pun tak buat, macammana nak berjihad? apa nak jawab depan Allah nanti?

Ingatlah sahabat-sahabat, ana serious sangat takut. Jangan kita mengulang semula zaman jahiliyah sebelum kedatangan nabi dulu. Kita hidupkan sunnah nabi, kita dahulukan Allah dalam segala hal. InsyaAllah, kita melangkah perlahan-lahan okeyh?

Wallahualam.

Lahaulawala quataillah billah.


With love,
NAMN















No comments:

Post a Comment