My lovely Followers

Followers

Monday, October 14, 2013

Pengorbanan

Alhamdulillah tergerak hati nak mengUpdate blog. Berbulan-bulan dah tinggalkan dunia blogging, insyaAllah cuba istiqomah mengupdate blog pulak lepas ni...can i? Moga dipermudahkan.. ^^


First of all selamat hari raya aidiladha......wiwiwiwi...alhamdulillah berkesempatan merasa raya haji tahun ni, tapi sebenar-benarnya nak merasa raya haji tu dengan menunaikan rukun islam ke 5 tu... Kena berlipat kali gandakan doa ni...insyaALLAH

Bila bercakap pasai raya haji ni, semua mesti pikir pasai korban kan? korban lembu lah. kan kan kan?
So, apa pengorbanan yang kita dah buat sempena raya haji ni?

Bukan nak cakap pasai pengorbanan yang saya dah buat. Tapi tetiba nak bersharing pasai orang yang mula berhijrah ke jalanNya ni.

Apa yang nak dikaitkan dengan korban? 

JENG JENG JENG

Untuk berhijrah ni memang nampak berat, kena korbankan masa lalu.
First ,hok yang ganas and 80% kawannya lelaki (bagi akhwat) kena lah korbankan kemesraan tu. Kena jaga ikhtilat rapi rapi.

"Dah tu tak kan nak putus kawan macam tu je?"

Idok lah begitu, islam ni Allah dah sediakan garis panduan dalam segala hal. Berkawan dengan berlainan jantina boleh, tapi tapi bila perlu saja. Selagi mana sesuatu hal tu masih boleh di'settle' kan dengan sahabat yang sama jantina. toksah lah gatai-gatai pi tanya yang berlainan jantina. 

Macam firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya ia perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)" (al isra',32)

Tapi, jujur saya cakap berdasarkan pengalaman sendiri, amatlah susah nak berhijrah dari segi menjaga ikhtilat ni.. kena berjuang sungguh2 menjaga, sebab diri dah terbiasa dengan lelaki. (Dahulu) Bila dah berhijrah, kadang-kadang terlajak jugak perbualan yang lagha dengan lelaki ni. 

but wait, uolss yang melihat, please be husnuzon, because bukan mudah. Bagi mereka masa untuk betul-betul menjaga. Sebab jujur saya cakap memang susah.


Second, korbankan baju lama dan ongkos

Manusia ni tak lah dilahirkan terus punya iman tebal kan, ada zaman ranapnya. Bilamana Allah turunkan hidayah, takde siapa boleh tolak. Time tu lah baru menyesal sebab baju yang ada semua ketat-ketat which is tak menutup aurat dengan sempurna.  So, apa jadi pada baju tu? terpaksa derma dekat orang, tak pon baju lawa-lawa bawak pi tidoq je lah.ihiks

Then pasai ongkos pon kena korbankan, sebab pakaian yang menepati syarak tu agak mahai lah. Sebab? syurga kan mahal..^^,  serious sebelum berhijrah, saya fikir baju labuh-labuh, tudung labuh-labuh tu murah je, sebab tak de siapa nak pakai(nauzubillah). tapi selepas tu baru saya tahu hakikat yang sebenar.

"Dah tu kalau tak de duit tak leh berubah?"

Boleh saja dong, kalau setakat pi kelas, pakai je lah baju kurung. tak kan lah baju kurung hangpa pon stok ketat-ketat kan.. Tudung tu, pinkan kebawah saja, kalau pin ke atas memang lah singkat jadinya, tak dapat nak tutup aurat dengan sempurna kan? 


Third, perception from others.

Uwaaaa... ini yang terpaling lapanbelaspulohratus berat. Bukan semua orang tu berfikiran positif, lagi-lagi kita ni jenis rock2 kapak time zaman jahiliyah, sekali bertudung labuh, berjubah..fuyyooo.. memang terperanjat lah mereka-mereka. 

Sebab tu lah kita kena mula-mula sekali cakap

"Ya Allah, aku berubah keranaMu, permudahkan jalanku"

InsyaAllah Allah permudahkan, and buat pekak je telinga dengar apa mereka cakap. ingat, Allah first. And Allah lah yang menilai kita, bukan radio-radio karat itu.


Fourth, korbankan masa


Allah menguji hambaNya untuk melihat samaada mereka benar-benar berhijrah kernaNya atau kerna manusia. Jika kernaNya, Allah melihat dari segi kita luangkan masa, 

sanggup ke kita tinggalkan assignment berlambak untuk 5 minit bersolat
sanggup ke kita tinggalkan bantal dan tilam, untuk bertahajud kernaNya
sanggup ke kita tinggalkan hujung minggu untuk berada di taman syurga.

lagi-lagi bagi student, memang banyak pengorbanan yang WAJIB kita buat. Sebenarnya kalau kita berkira-kira meluangkan masa pada Allah, mungkin masa yang kita tak korbankan tu akan jadi sia-sia
sebagai contoh, kita study, tapi satu apa pun tak lekat.

Tapi mungkin kalau kita luangkan masa demi Allah, masa yang singkat berbaki dah cukup untuk kita faham apa yang kita study.

 InsyaAllah kita sama-sama laburkan masa untuk Allah, sebab kan Allah yang bagi kita masa (umur) hidup kat dunia ni.. :)


So, bukan senang orang nak berhijrah..walau hari-hari kita dok ceramah kat depa pon. belum tentu depa nak berubah, mungkin depan kita je berubah, belakang kita still melakukan maksiat.

Sebab hidayah tu milik Allah, Allah akan beri pada sesiapapun tanpa mengira masa. Tapi janganlah hangpa buat donno je tak sembahyang, tak tutup aurat. alasan ?"tak sampai hidayah".. melampau naaa...

Biar susah susah kat dunia ni, sebab kita nak goyang kaki kat syurga sana...insyaAllah..

With Love, 
NAMN

Salam





No comments:

Post a Comment