My lovely Followers

Followers

Monday, December 31, 2012

Cerminan diri

Alhamdulillah selesai sudah clearence..officially i'm already finished my diploma part!

Itu rezeki saya dapat grade on time..Allah tentukan sebegitu ceritanya untuk saya..untuk orang lain, lain pulak penentuan Allah..Allah know the best right? Tak semestinya anda extend anda tak pandai..tapi sebenarnya Allah bagi peluang untuk kita perbaiki diri kita, perbaiki pelajaran kita..  banyak je saya tengok orang yang extend tapi boleh lagi perform dari yang grade on time..contoh nye? Saya sendiri tak pernah dapat dean list sepanjang diploma ni, tapi orang extend dapat merasa DL..nmpak tak hikmahnya kat situ.. berdasarkan surah al-Qasas ayat 56:-

" Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk"


bersyukurlah kita diberi petunjuk oleh Allah untuk memperbaiki diri kita..sweetkan Allah? >_<

Yeah mungkin anda akan kata, "kau tak extend pandai lah kau membebel, extend try rasa perasaannya" ..yeah memang saya tak rasa perasaan tu..tapi saya pernah rasa jatuhnya..bila saya repeat paper, then perasaanya? memang down giler..tapi saya gunakan peluang yang ada untuk perbaiki diri saya, daripada D saya dapatkan A...daripada C saya dapatkan A+...itu cara kita melihat dan mempertingkatkan kejatuhan kita..bukannya bila dah jatuh sekali terus tak de semangat, then benda tu akan mengeffectkan pelajaran kita... tak baguih tu tak baguih...Usaha tu penting...thats why USAHA TANGGA KEJAYAAN..dalam bahasa arabnya pulak "man jadda wa jadda" maka sesiapa yang berusaha dia akan dapat hasilnya ,  araso? ^^



ahha ..bersempena esok kebetulan Happy New Year ea? Saya tak menyambutnya, just remember the date...for sure lah kan..jika masa tahun baru hijrah lupa untuk menghijrahkan diri kita.. cuba lah starting from tomorrow to improve ourself.. Bermula dari Allah...perubahan kita terhadap amalan kita terhadap Allah...kalau selama ni solat tu ada lopong2, berusaha lah untuk full time solatnya.. Jika selama ini lalai dengan dunia hingga lupakan akhirat, berusahalah untuk sentiasa mengingati mati.

Dari Abu Hurairah : Nabi saw bersabda, "Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu kematian." 


so, mati itu pasti...persoalannya, bersediakah kita untuk menghadapinya? selain tu, hubungan dengan manusia pon harus kita perbaiki..kalau selama ni ada menyakiti hati mana-mana pihak..cepat-cepatlah mohon maaf dan mulakan perhubungan baru...buat salah dengan Allah kita boleh bertaubat, tapi jika buat salah dengan manusia..ia akan dituntut di akhirat nanti..

Mesti korang ada azam-azam lain jugak kan? nak tembamkan pipi lah, nak cepat kahwin lah..as long as benda baik, maka berusahalah..jangan azam benda bukan bukan sudah..merana diri...huhu


Rasanya macam banyak membebel je malam ni....kenapakah? sekadar ingin berkongsi..kalau perkongsian ilmu ni ada kurangnya..tegurlah saya...hadis bantuan incik google, in sya Allah it will stay in my memories...



" Jika seseorang menegur kesalahan mu di khalayak ramai, sebenarnya dia menghinamu
tetapi jika seseorang menegur kesalahanmu secara sembunyi-sembunyi sebenarnya dia menyayangimu"

Until then see ya next post...

with love, NAMN
Salam

No comments:

Post a Comment