My lovely Followers

Followers

Wednesday, November 7, 2012

Kebesaran Allah

Penat...ye penat...siapa yang tak penat mencari kerja ni..ke hulur ke hilir pergi interview, tapi satu hapak pon tak de...mak ada pesan kat saya, "buat sembahyang hajat yanti"..tapi entah kenapa lah degil sangat hati ni, malas sangat diri ni nak buat sembahyang sunat yang dua rakaat tu..

satu malam tu, hati ni terpanggil nak buat solat hajat, gara-gara seharian cari kerja tak dapat...memang dah give up sebenarnya masa tu...then esoknya, masa tengah teman mak pergi pasar, tup tup dapat call daripada salah satu tempat yang diapply..masa tu terus fikir mungkin ni petunjuk Allah, so petang tu terus pergi tempat tu...bosnya suruh datang untuk belajar apa yang patut before mula kerja esoknya...

Bila sampai at that place, senang cerita tempat ni cyber cafe lah. memang majoriti dalam tu kaum adam lah kan..so macam dah tak rela nak kerja situ masa tu..tapi masih cuba fikir positif...then tetiba orang yang ajar saya tu cakap kerja situ memang tak boleh solat lah, sebabnya nanti siapa yang nak jaga cc tu kan...masa tu confirm memang tak nak kerja situ...tapi still konon2 belajar je lah apa yang dia ajar tu...gaji dia offer 540...memang tu je jumlah yang ditarget setelah tak dapat dapat kerja ni..

Then balik daripada tempat tu, memang nekad tak nak kerja situ, balik tu lepas solat asar. saya doa nak kan kerja yang gaji lebih daripada 500..bak kata prof kamil, doa ni kita kena spesifik..lagi senang termakbul..insyaAllah..

then masa maghrib tu, saya dapat call dari satu company ni..dia panggil jadi kerani untuk company dia..alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat dah masa tu...then tengah happy-happy tu, tetiba boss tu call lagi, dia cakap "ini awak state gaji nak RM800 kan, saya bagi awak RM900 ya"..masa tu saya dah speechless, dah tak tau nak cakap apa dah..dekat muar ni, kira standard lah gaji macam tu kan...mungkin ni ganjaran yang Allah berikan sebab sanggup tinggalkan pekerjaan demi DIA...Alhamdulillah...

Jika Allah nak tunjuk, sekelip mata je DIA tunjuk...betapa besarnya kebesaran Allah tu...subhanAllah..insyaAllah saya cuba bertahan dengan kerja ni semampu saya...kerja ni hadiah Allah di atas kesabaran saya...tak kan saya nak sia2kan kan? insyaAllah tidak.. =)

Jika kita ingat Allah, Allah sentiasa ingat kat kita..sweet kan?^^




tu je saya nak berkongsi, insyaAllah pengajaran kita bersama..until then see ya next post ye..

with love,NAMN
Salam

No comments:

Post a Comment