My lovely Followers

Followers

Saturday, November 3, 2012

RESEPI:Siput Sedut Masak Cili Api


Disebabkan hari ni saya belajar masak Siput masak cili api..so haruslah berkongsi, tujuan sebenarnya nak pastikan resepi ni terselamat dari kehilangan..almaklumlah makcik ni dah tua, kang lupa resepi kat kertas tu letak mana....kalau taip kat blog selamat hendaknye..ye dok?

Ok bahan-bahan nye adalah...

1 biji kelapa (diparut)
10 biji cili padi
1 kg siput sedut
1 ruas kunyit hidup (betul ke ayat ni?)
2 keping asam keping
2 batang serai (ditumbuk)
1 biji batang keladi
1 sudu garam kasar
ajinamoto secukup rasa


Cara-caranya:


1. Potong hujung siput sedut menggunakan playar...erk macam pelik kan bunyiknya, tapi begitulah saya buat..




2. Tumbuk cili padi dan kunyit sehingga hancur.
3. Dapatkan santan untuk kelapa yang siap diparut tadi. Masukkan dalam periuk.
 4.Masukkan cili dan kunyit yang siap ditumbuk tadi di dalam periuk tersebut

 5. Basuh siput tersebut dan masukkan ke dalam periuk kemudian masukkan garam dan ajinamoto

 6. Rebus batang keladi tadi di atas api sehingga layu.
 7. Setelah layu, masukkan keladi tersebut di dalam periuk. Kacau sentiasa untuk mengelakkan pecah santan.
 8. Setelah mendidih, tutup api..

SIAP!! sooo mouth watering lah....perut dah bunyi kriuk kriuk kruik dah ni...

Jemput makan semua!



With love, NAMN
Salam

No comments:

Post a Comment