My lovely Followers

Followers

Tuesday, November 6, 2012



Ahmad: Ah, susah lah subjek nih !
Ali: Ye laa... Pensyarah hampeh ! Dah lah tu, bila dia ajar je.. mesti tak faham !
Ahmad: Pensyarah ni pun satu... Dah tahu subjek ni susah... dia susahkan lagi !
Ali: Kalau macam tu, macam mana kita nak score ?
Ahmad: Alaa... kau refer la kat soalan-soalan tahun lepas. Selalunya dia ambil dari situ !
Abu: Tapi.. Aku rasa kita kena ubah cara kita...kalau nak berjaya dalam subjek ini..
Ahmad & Ali: Ye ke ??
Ali: Dengan kurangkan mengumpat pensyarah kita...takut tak berkat ilmu yang kita belajar kerana umpatan kita tuh.
Ahmad & Ali: .........


بسم الله الرحمن الرحيم

Keberkatan dalam kehidupan kita amat lah penting. Terutamanya keberkatan ketika menuntut ilmu. Jika kita mengumpat cikgu/guru/pensyarah/ustaz/ustazah...dikhuatiri ilmu yang disampaikannya itu tidak mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah dan guru tersebut. Sedangkan ibu bapa kita wajib taati, inikan pula guru kita sendiri. Oleh itu, kurangkan laa mengumpat guru kita, jika ada yang kita tak faham dengan cara guru mengajar, personally datang bertemu dengan dan beritahunya akan pelajaran yang kita tak faham. Berlaku jujur itu lagi bagus daripada mengumpat. Insyaallah, dengan cara ini, kita menghindarkan diri kita daripada mengumpat guru kita sendiri dan berjaya memperoleh keberkatan ketika menuntut ilmu. Ingatlah, mengumpat itu perkara yang dilarang dalam Islam.

Nota Hati:
“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.”
(HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

sumber: hazimahmad.blogspot.com

astaghfirullahalazim, patutlah selama ni macam susah je belajar, rupanya ni yang selalu buat...insyaAllah satu peringatan untuk diri saya...

with love, NAMN
Salam

No comments:

Post a Comment