My lovely Followers

Followers

Friday, November 23, 2012

Bertapa!

wah wah wah...lamanya tak update blog, bertapa kat gua ke yanti??huhu

Actually internet kat rumah ni tersangatlah lembap macam siput KHINZIR! eh tak la, siput KHINZIR lagi laju lah..Nak bukak new post pon bukan main lama loading..padahal idea berlambak lambak gila nak tulis ni, akibat kebengangan penungguan tanpa penghujungnya, terus saya tak jadik nak update blog..

Dah tu ni boleh pulak hapdet ? ho ho ho..horlick! ok mengarut..Ni saya hapdet blog kat office saya..tenet laju macam ferraro rocher..huhu.. eh? office? ok tau lambat story, dah dekat sebulan pon saya bergelar wanita yang berkerjaya..ecececehh..as apa? as clerk je..tapi alhamdulillah, as long as kerja tu halal kan? =3

Bercerita pasal kerja ni, hai hai hai..memang tak habis sakit hati kalau nak cerita ni..TAPII nak cerita jugak!! dipendekkan cerita, dalam office saya tu ada 3 clerk, dua bos and sorang accountant..bukan bos and accountant tu yang menjadi masalah tapi clerk2 yang lainnya tu...eh lupa nak gitau, dalam office tu only saya malay..yang lain JOWO.. eh bukan, chinese..Mula mula saya ok je...budak baru kan, tapi bila dah lama-lama..saya perhati punya perhati, eh diorang ni macam mengumpat saya je..even tak faham sepatah haram pon tapi dapat instinct tu...ewah ewah macam sedap je diorang ngumpat. Ni yang buat nak ambil bahasa cina time degree nanti! Sabar je lah yang saya mampu..senjata orang islam kan tu... =)

Ha, berbicara pasal degree ni, esok saya nak pergi konvo akak saya! woot woot..berkatilah perjalanan kami YA ALLAH..tak lama lagi saya pulak konvo..=3 tak sabar you!

Em em em...sampai sini jelah nak update, takut bos masuk sat gi..huhu..before tu nak merayu melutut tolonglah jangan lupa doakan saudara kita di Gaza..they really-really need us..jangan berhenti doa ye sahabat! =)

Until then see ya next post!

with love, NAMN
Salam

Friday, November 9, 2012

Trivia result

Network! yes paper network memang paper yang sangat berhantu bagi student cs..and of course also to me kan...tak pernah-pernah saya menangis dalam dewan, ni satu-satu paper yang buat saya menangis..seriously, agak lama lah bermurung gara-gara network...kat bilik pantang teringat nak menangis je..

So, memang sangat-sangat takut network akan menyebabkan saya extend! bukan kisah repeat ke tak, tapi paper ni lah menentukan masa depan saya..

Seperti semua orang tahu 9 November 2012 tarikh berhantu bagi student uitm especially student last semester macam kami-kami ni... kat twitter pantang orang sebut tarikh tu, nak berangin je...sebabnya malas nak fikir...

Semalam, sepatutnya saya kena tidur awal sebab nak kerja kan..tapi terpaksa berjaga gara-gara menunggu result..google tab dah sedia dah yahoo mail and student portal...dan kerja saya adalah merefresh je..tepat pukul doblas semua dah nebes dah, tapi refresh refresh tak dapat-dapat email...setelah jam menunjukkan pukul 12.40 saya terus amik keputusan nak tengok esok je...then terus saya tidur...dan benda yang memelikkan saya, saya tak de kunci jam untuk bangun pukul 1.55, tetiba alarm saya berbunyi..sound like scary right? tapi dah tak fikir apa masa tu.terus menggelongsor turun katil menghadap laptop..

Laptop memang saya biarkan terbuka,saya buka tab email...arghhh dah masuk dah...memang nebes gile mase tu..then dah baca bismillah selawat semua terus saya buka, first sekali mata saya tuju adalah networking...lulus! alhamdulillah...sekali tengok pointer, terus saya menangis...yup! pointer tertinggi sepanjang saya diploma..alhamdulillah my happy ending for diploma level..even tak dean list, tapi cukup berbangga dengan result ni...lebih lebih lagi saya ambil 7 subject sem ni, so agak berat lah kan..dan one more thing make me proud is i'm grad with cgpa 3 and above...alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...Allah maha mendengar doa-doa hambaNya...



inilah dia result saya..my only C dalam diploma saya....mintak mintak lah degree nanti tak de networking lagi, so tak payah kene susah-susah ambil lagi sekali... 

Saya nak berterima kasih ikut turutan subject ea..


1)
**To miss fisha of course, u're the best lecterur ever...
**And specially thanks to puan zuriati, sebab dialah saya minat kan java, sebab dialah saya dapat kuasi java ni...thanks puan..=)
**To mira ,ifa and uyun! thanks korang sebab study dengan aku malam tu, kita sama-sama berkongsi ilmu dan hadiahnya aku dapat A for java...
**To kak abil, even kita tak kenal before ni, kite sangat2 bersyukur sebab dapat akak as my teammate for project, markah project kita tinggi kan! tu pun menolong kite dapat A!


2)
**To encik Malik, walaupun suka bagi kerja banyak-banyak, tapi saya tau encik malik sayang kitorang kan...huhu
**To faten natasya! thanks sebab sudi ajar aku petang tu...even nampak macam aku tak berapa nak belajar kan..
**To nashriq, fatin, and zira! thanks korang....
**To yana, yang kejut aku bila aku tak sedar, even sebenanya paper kita bukan pagi tu..haha

3)
**To puan diyana, puan lah lecterur yang paling sempoi penah saya jumpe....dan cantik!
**TO DAYANA BINTI KARMAN, specially thanks to u! even kau tak CEO, tapi dah macam ceo dah kau, bekerja dengan kau memang perfect yana...thanks
**TO zira and azlan thanks sebagai teammates yang berjaya, mungkin satu hari nanti kita bukak betul2 business bahulu tu kan..haha

4)
**To Miss Huda, thanks sebab ajar selama 2 sem..hihi...
**To dayan, zira and echaq...kita punya system boleh tahan jugak kan...tengok lah sape programmer...wink wink..


5)
**To encik hadi of course! serious sangat best belajar de dengan dia....and of course i love this subject, thats why i got A...and ramai pon dapat A untuk de ni kan...
**To farihah, thanks sebab study dengan aku!
**To nashriq, fatin, tasya thanks nyah!

6)
**To encik hadi, terima kasih yang tak terhingga kerana saya berjaya lulus..even mase final en hadi cakap bersedialah untuk amik supp paper, tapi terima kasih sebab saya lulus!
**To farihah, sebab study same dengan aku....syukran ukhti.

7)
**To pm yusri! thanks pm, saya sangat bersyukur dapat pm sebagai lecterur saya...pm memang the best lah..
**To nashriq, fatin, tasya thanks sebab study same-same sampai tak tidur kan nashriq..haha

Soorry kalau tak sebut nama, cuma ni je yang ingat....thanks to my sayang, ZIRA and YANA yang study sepanjang semester ni dengan aku! i love u deeply!

thanks to kamu yang menemani saya saat2 saye study, pembakar semangat ketika saya study, syukran yang tak terhingga...<3 <3

AND THANKS TO MY LOVE BUCHUK BACIN NUR IZZATI BINTI AZIHAN, even tak sama course, still boleh duduk semeja study sama-sama.teman akakmu ini stay up..i love u much much much yunk!

alhamdulillah tamat perjuangan ku untuk diploma, selepas ni untuk degree pulak, insyaAllah...

setakat tu je lah ea..rasa macam terpanjang sangat pulak post kali ni..until then see ya next post ye!

with love, NAMN
Salam




Wednesday, November 7, 2012

Kebesaran Allah

Penat...ye penat...siapa yang tak penat mencari kerja ni..ke hulur ke hilir pergi interview, tapi satu hapak pon tak de...mak ada pesan kat saya, "buat sembahyang hajat yanti"..tapi entah kenapa lah degil sangat hati ni, malas sangat diri ni nak buat sembahyang sunat yang dua rakaat tu..

satu malam tu, hati ni terpanggil nak buat solat hajat, gara-gara seharian cari kerja tak dapat...memang dah give up sebenarnya masa tu...then esoknya, masa tengah teman mak pergi pasar, tup tup dapat call daripada salah satu tempat yang diapply..masa tu terus fikir mungkin ni petunjuk Allah, so petang tu terus pergi tempat tu...bosnya suruh datang untuk belajar apa yang patut before mula kerja esoknya...

Bila sampai at that place, senang cerita tempat ni cyber cafe lah. memang majoriti dalam tu kaum adam lah kan..so macam dah tak rela nak kerja situ masa tu..tapi masih cuba fikir positif...then tetiba orang yang ajar saya tu cakap kerja situ memang tak boleh solat lah, sebabnya nanti siapa yang nak jaga cc tu kan...masa tu confirm memang tak nak kerja situ...tapi still konon2 belajar je lah apa yang dia ajar tu...gaji dia offer 540...memang tu je jumlah yang ditarget setelah tak dapat dapat kerja ni..

Then balik daripada tempat tu, memang nekad tak nak kerja situ, balik tu lepas solat asar. saya doa nak kan kerja yang gaji lebih daripada 500..bak kata prof kamil, doa ni kita kena spesifik..lagi senang termakbul..insyaAllah..

then masa maghrib tu, saya dapat call dari satu company ni..dia panggil jadi kerani untuk company dia..alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat dah masa tu...then tengah happy-happy tu, tetiba boss tu call lagi, dia cakap "ini awak state gaji nak RM800 kan, saya bagi awak RM900 ya"..masa tu saya dah speechless, dah tak tau nak cakap apa dah..dekat muar ni, kira standard lah gaji macam tu kan...mungkin ni ganjaran yang Allah berikan sebab sanggup tinggalkan pekerjaan demi DIA...Alhamdulillah...

Jika Allah nak tunjuk, sekelip mata je DIA tunjuk...betapa besarnya kebesaran Allah tu...subhanAllah..insyaAllah saya cuba bertahan dengan kerja ni semampu saya...kerja ni hadiah Allah di atas kesabaran saya...tak kan saya nak sia2kan kan? insyaAllah tidak.. =)

Jika kita ingat Allah, Allah sentiasa ingat kat kita..sweet kan?^^




tu je saya nak berkongsi, insyaAllah pengajaran kita bersama..until then see ya next post ye..

with love,NAMN
Salam

Tuesday, November 6, 2012



Ahmad: Ah, susah lah subjek nih !
Ali: Ye laa... Pensyarah hampeh ! Dah lah tu, bila dia ajar je.. mesti tak faham !
Ahmad: Pensyarah ni pun satu... Dah tahu subjek ni susah... dia susahkan lagi !
Ali: Kalau macam tu, macam mana kita nak score ?
Ahmad: Alaa... kau refer la kat soalan-soalan tahun lepas. Selalunya dia ambil dari situ !
Abu: Tapi.. Aku rasa kita kena ubah cara kita...kalau nak berjaya dalam subjek ini..
Ahmad & Ali: Ye ke ??
Ali: Dengan kurangkan mengumpat pensyarah kita...takut tak berkat ilmu yang kita belajar kerana umpatan kita tuh.
Ahmad & Ali: .........


بسم الله الرحمن الرحيم

Keberkatan dalam kehidupan kita amat lah penting. Terutamanya keberkatan ketika menuntut ilmu. Jika kita mengumpat cikgu/guru/pensyarah/ustaz/ustazah...dikhuatiri ilmu yang disampaikannya itu tidak mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah dan guru tersebut. Sedangkan ibu bapa kita wajib taati, inikan pula guru kita sendiri. Oleh itu, kurangkan laa mengumpat guru kita, jika ada yang kita tak faham dengan cara guru mengajar, personally datang bertemu dengan dan beritahunya akan pelajaran yang kita tak faham. Berlaku jujur itu lagi bagus daripada mengumpat. Insyaallah, dengan cara ini, kita menghindarkan diri kita daripada mengumpat guru kita sendiri dan berjaya memperoleh keberkatan ketika menuntut ilmu. Ingatlah, mengumpat itu perkara yang dilarang dalam Islam.

Nota Hati:
“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.”
(HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

sumber: hazimahmad.blogspot.com

astaghfirullahalazim, patutlah selama ni macam susah je belajar, rupanya ni yang selalu buat...insyaAllah satu peringatan untuk diri saya...

with love, NAMN
Salam

Saturday, November 3, 2012

RESEPI:Siput Sedut Masak Cili Api


Disebabkan hari ni saya belajar masak Siput masak cili api..so haruslah berkongsi, tujuan sebenarnya nak pastikan resepi ni terselamat dari kehilangan..almaklumlah makcik ni dah tua, kang lupa resepi kat kertas tu letak mana....kalau taip kat blog selamat hendaknye..ye dok?

Ok bahan-bahan nye adalah...

1 biji kelapa (diparut)
10 biji cili padi
1 kg siput sedut
1 ruas kunyit hidup (betul ke ayat ni?)
2 keping asam keping
2 batang serai (ditumbuk)
1 biji batang keladi
1 sudu garam kasar
ajinamoto secukup rasa


Cara-caranya:


1. Potong hujung siput sedut menggunakan playar...erk macam pelik kan bunyiknya, tapi begitulah saya buat..




2. Tumbuk cili padi dan kunyit sehingga hancur.
3. Dapatkan santan untuk kelapa yang siap diparut tadi. Masukkan dalam periuk.
 4.Masukkan cili dan kunyit yang siap ditumbuk tadi di dalam periuk tersebut

 5. Basuh siput tersebut dan masukkan ke dalam periuk kemudian masukkan garam dan ajinamoto

 6. Rebus batang keladi tadi di atas api sehingga layu.
 7. Setelah layu, masukkan keladi tersebut di dalam periuk. Kacau sentiasa untuk mengelakkan pecah santan.
 8. Setelah mendidih, tutup api..

SIAP!! sooo mouth watering lah....perut dah bunyi kriuk kriuk kruik dah ni...

Jemput makan semua!



With love, NAMN
Salam

Thursday, November 1, 2012

November yeah yeahh!

Welcome november! yeah it's already november, but saya still dirumah! yeah di rumah, jobless... *sigh*

Pencarian pekerjaan dihentikan seketika masa tu, kononnya menunggu call lah dari previous company yang kononnya akan call dalam masa seminggu selepas diinterview..tapi semuanya hampas kelapa...duduk rumah makin tensionlah dibuatnya..

"Puas sudah mencari kerja, memang nasib aku penganggur..
masih belum diterima , memang nasib aku penganggur"

tetiba time-time macam ni lagu sudirman ni macam memerli merli saya je, nasib lah nasib kan.. bende banyak dah dilistkan untuk dibelinya..tapi hujung kertas duit tu pun tak nampak bayang..haish mengeluh je kerjanya NUR AZNAYANTI  ni...sabar tu penting yanti, sabar...

Berkat perjalanan keluar dengan mak petang tadi..dapat lah dua ketul company yang panggil untuk interview esok..and dua-dua kerja adalah kerani..memang tu je target saya buat masa ni...sebabnya nak kerja yang menghadap computer...kalau fikirkan experience, memang boleh sangat nak masuk kerja balik kat pizza tu..tapi tapi tapi, lebih penat dari gaji..

So, antara kerja yang bakal diinterview esok, salah satunya melibatkan kerja buat autocad, mungkin akan memudahkan sebab that thing dah pernah belajar masa kat teknik dulu..so mintak mintak lah dapat kerja tu...please pray for me!.. kalau dua kerja esok tu tak dapat jugak..hmm saya dah terfikir nak kerja kat kebun belakang rumah je ni....fuuuu~~~

Degree..yeah pasal application for contuining degree tu kan..alhamdulillah dah settle mengApplynye.. now menunggu result, if lepas dah boleh tunggu result degree tu pulak...seperti yang dirancang, first choice sudah pastilah Multimedia, 2nd , 3rd, 4th takyah tau lahh..sebab kalau boleh tak nak dapat yang bawah bawah tu...

Emm rasanya tu je nak update kali ni...see ya next post ye...until then daaa~~



With love, NAMN
Salam