My lovely Followers

Followers

Thursday, September 13, 2012

Sejak dua menjak ni macam malas sangat nak update blog...nak katekan tak de mase, cerita korea 20 episod dah habis dah kita tengok...idea tu ada, tapi macam malas nak taip..so terbiarlah blog kita ni kan..alololo cian die...hihi...

Sebenarnya sabtu ni ada test ENT..and dengar-dengar dari memember 11 chapter masuk...fuuuu~~ ceritanya kita tak baca satu hape pon...hebat tak hebat tak? padahal nanti bila on the day baru lah menggelabah gila kan yantie...ish ish ish...tak pernah serik kan yantie? padahal setiap kali nak test macam ni lah peel kita..tapi seriously tak boleh nak 'go' lah dengan ent ni...such a boring subject!

Sekarang ni rasa terkusutlah sangat, sebab pikirkan projek system tak siap lagi, ent tak siap lagi..dengan presentation its, paradigm...dugaan dugaan...minggu depan lagilah berderet test..achano nak handle tu? achano? Tetiba tahap ketensyenan tu datang dengan cepat sekarang ni...sabar je lah yang mampu di buat sekarang... insyaAllah kalau ni dugaan yang kita kena lalui untuk dapat kejayaan grade on time, haruslah kita berusaha betul-betul kan...ngeri sangat bila pikirkan kalau ada sangkut paper...arghh, scary....

Simptom simptom kerinduan pada family terpaksa ditangani dengan sabar..sebab masalah kewangan yang critis dan critical! macam ni lah kan setiap sem...hujung hujung sem je mesti masalah yang sama datang...tapi disebabkan sem ni duit ptptn di uruskan sepenuhnya sendirian berhad tak macam sem sem lepas yang 100% diuruskan oleh my mak...so bila duit ptptn dah habis terkontang kanting lah kita kat sini..kais pagi makan pagi...kalau tak boleh nak kais..makan meggi lah jawabnya...ok macam mengarut je kan...

Hari ahad ni insyaAllah kita akan menghadiri perkahwinan lecterur-to-be QMT200 kita sem lepas... Dah last-last sem ni rajin-rajinkanlah pergi kenduri kahwin, mana tau dapat tempias ke...#eh? kalau dah jodoh datang awal kan, tak kan nak tolak pulak... =3 perasan sungguh awak ni yanti! duit ptptn tu siapa nak bayar? *sigh*

Ok daripada kita berterus terusan melalut, sampai sini je kot kita nak update...


"Jika usaha kita untuk mendapatkan sesuatu hanya sedikit, tak perlu lah kita mengharapkan hasil yang banyak daripadanya"

until then see ya next post!



with love, NAMN
Salam


No comments:

Post a Comment