My lovely Followers

Followers

Monday, September 24, 2012

Last minute!

ngantok | pening | tension

ha tu lah dia..lepas satu, satu masalah datang...sepatutnya dah boleh relax sikit sebab test dah settle semua.the problem begin bila nak start compile report ENT.that time kitorang nak semua group member ada, sebab selama ni macam saya yana and zira je buat keja..then, lan datang..another 2 person batang hidung pon tak nampak...kat situ dah mula bengang dah...then macam ada conflict kat situ, siap nak jumpa puan nak suruh potong markah lah..*bebudaksangatperangai...then kemarahan kitorang tak berakhir kat situ je sebab esoknya masa kelas ENT which is last class for this sem, diorang tak datang! memang berapi api lah kitorang..pastu kitorang hantar mesej haram tak balas...then masa tu puan cakap jumaat which is the next day kena hantar full report, 1 HANTAR KAT PUAN, 2 REPORT HANTAR KAT PANEL *eh kenapa highlightkan bende alah ni?sabar..akan berkait sat lagi..

Then makin tension lah kami sebab jumaat tu saya je ade 3 test! mati ke tak mati kitorang?then tengahari tu dah start buat kat bilik, lepas tu after test DE sambung lagi buat financial tu...then sambung malam pulak..kitorang dah nekad mase tu..kalau diorang tak datang, memang keluar dari group lah jawabnya...then sekali tengok diorang datang..then buat punya buat punya buat...siap!....another 'two' person mengofferkan diri nak print that report and submit kat panel and puan esok...saya macam "eh boleh percaya ke diorang ni" tapi terpaksa serahkan jugak sebab kitorang kelas full sampai 12 jumaat tu..ok then balik bilik terpaksa study untuk dua test pagi jumaat...

Then hari jumaat malam, LEPAS test its...kitorang baru dapat tau yang DIORANG TAK HANTAR REPORT KAT PANEL!!!!reaksi kitorang? ketawa sambil bertepuk tangan....=.='..seriously tension yang amat, seriously since awal sem, saya dah cakap dengan zira and yana.. ENT ni nak dapat A kena letak full effort kat bisness plan..yes! we do..tapi hancur harapan kitoang bila kitorang dah put full effort tapi orang lain hancurkan sesuke hati...then malam tu bengangbengang pon still kene study QMT..

then semalam malam, kitorang gathering sebab nak discuss pasal presentation hari ni lah kan...boleh pulak mereka tak bawa report yang kena hantar kat panel tu..tapi diorang bawak yang dah fotostat punye... bila cek yang fotostat punya..mestilah saya fokus bahagian budget2 kan....benda yang saya dah suruh 'a' betulkan dia tak betulkan..serious mase tu nak ngamuk...tapi sabar lagi...memang dah bergenang dah air mata ni...geram teramat..start dari tu dah badmood dah...then balik bilik..check2 report lagi ada lagi yang tak kena, bahagian operational zira tambah tak bagitahu sy...masih cool masa tu, then key in semua tu dalam input kat excel tu...sekali tengok rugi banyak giler...terus saya menangis sebab tension teramat, then lama dok tenung that thing, taip slow slow..alhamdulillah balance balik....settle bab itu!

Hari ni pulak..jadi tugas saya lah nak memprint pembetulan semalam..then lepas print tengok page report yang diorang bagi tu berterabur! dah naik angin dah mase tu..nak print balik memang tak lah...cecah 100++...then balik bilik..yana dengan zira datang bilik tengok bende tu...kitorang seriously berapi! dengan borang tak berisi, dengan borang print entah pape entah..jadi keje kitorang nak betulkan balik......

Sekarang ni tension yang teramat..sat lagi dah kena present...tension giler kot...

Ok lah nanti sambung lagi..keje berlambak ni!see  ya next post!


with love,Yantie
Salam

Monday, September 17, 2012

stressss!!

Stress!*gary's version*...yeah yeah yeah...semalam kita dah memasuki zon kebusyan yang melampau...sebab?

*Rabu -quiz networking..
*Khamis-test de& submit assignment qmt
*Jumaat-test java, test networking, test system
*Sabtu- test qmt, dinner
*Ahad-Mati...
*Isnin -hidup balik, presentation ent,
*Selasa- presentation system, presentation java...
*Rabu-submit assignment qmt
*Khamis-gathering csd1s2

Fuh fuh fuh....padat dan pack sekali yoo..tak termasuk pulak waktu-waktu lengang yang terpakse dihabiskan untuk menyetelkan financial ent yang memang dah lupa camne nak buat balance sheet and income statement.. Plus, nak  menyetelkan system yang tergendala...seriously memang kena bersengkang mata...wuarghhh...

Tapi nasib baiklah dah berkesempatan jumpa mak abah semalam..so, mungkin kah itu motivasi untuk kuat menghadapi minggu yang taff ni? insyaAllah akan cuba yang terbaik...

Ceritanya hari ahad hari tu, kitorang pergi kenduri rumah puan haslenda, best tengok  dia kahwin...cantik sangat! after that pergi rumah Mr L..dia buat open house..then then tetiba abah call tanya nak balik Jelai tak*my kampung*..then kita tanya abah nak jemput ke..abah cakap tak, tapi nak suruh paktam jemput...kita just OK..tapi tak berharap pun diorang jemput..sebab tak terpikir diorang sanggup datang segamat ni..

then then after beraye rumah Mr L tu...kitorang pergi OS, mase otw tu, tetiba paktam call tanya kat mana...diorang otw nak jemput kita...Ouhhh....esaited lah kan..tapi tapi that time still kat OS...so ape ape hal gi solat dulu..then after solat, tengok tengok HP ada call dari paktam..dia dah sampai bustand...waw cepatnya kan..then tak dapatlah berjalan-jalan dengan zira and yana...terus pergi bustand...then naik kereta paktam balik jelai

Ceritanya..kita balik kampung sehelai sepinggang...terasa merana diri..dengan laptop semua tak bawak..baju apatah lagi kan..tapi happy lah sebab dapat jumpa family!^^

Rasanya sampai sini je nak menaip..tangan ni lenguh sangat.. tak tahu lah kenapa...before ending this entry..layan lah picture dulu eh!

pengantin! love her dress! ^^

US! >_<
Ok tetibe rasa lapar...T_T

Wanie n yana

Oked and Zira

Bilik pengantin lawaaaa....

Rumah mr L!


Ok tu je nak share...ngantok pulak tetibe..see ya next post ye! 

"Dalam kesibukan belajar, jangan lupa beibadat..jika kita kedekut masa untuk beribadat..Allah akan curi masa kita untuk study"

With love, NAMN
Salam


Friday, September 14, 2012

Wondering

Alhamdulillah settle sudah presentation paradigm...lega? em tak boleh nak rasa perasaan tu sebab esok nak kena menghadap dengan ENT yang satu hape pun kita tak study lagi...permudahkan lah ingatanku ya Allah...

Tadi tengah borakborak dengan Zira..tetiba tercakap pasal nak sambung degree...then dia cakap mungkin dia sambung degree lambat sikit sebab nak cari pengalaman kerja banyak tempat and then baru decide nak sambung degree dalam bidang ape...emmm setelah di pikir pikir..betul jugak apa yang Zira cakap tu... mungkin lambat sikit lah nak sambung degree nya tu...tapi at least, hutang ptptn kita boleh langsaikan sikit, sebab nanti untuk degree nak pinjam lagi...tang bila nak bayarnya kan?

Setelah di pikipikir..patut ke kita buat macam tu jugak?tapi kalau boleh nak sangatsangat habis belajar awal, sebab nak merasa duit sendiri kan..=3...TAPII...kalau kerja sebelum sambung degree pun boleh kalau nak kumpul duit sikit sikit..then beli kereta...eh? ahhh pening bila pikir balik...kita nak sambung degree in multimedia, insyaAllah..tapi perlu ke pengalaman untuk study kos tu? kalau perlu pun..apa je kerja yang offer that kind of experience? waduh waduh....kompius kompius...

Nanti mungkin akan memanjangkan discussion ni dengan parents kita..sebab they know the best right? sebab before ni pun mak dah cakap tak kesah kalau kita nak sambung degree lambat sikit..mungkin diorang pon dah tak larat nak tanggung kami kami yang belajar ni...insyaAllah kalau tu yang terbaik, haruslah bekerja dulu sebab boleh ringankan beban diorang kan..lagipun akak  baru sambung degree kan..course dia memerlukan cost yang banyak...macam mase diploma, duit mara dia tak dapat nak tanggung sepenuhnya semester tu..lagipun kita kan berdikari orangnya, setakat kerja-kerja part time ni..insyaAllah boleh tahan lama....emmm..

Sebenarnya ni berangan je lebih kan..padahal test2 pun tak settle lagi..ada hati nak fikir pasal degree...confirm confirm ke awak lepas sem ni yanti? insyaAllah....insyaAllah...insyaAllah....doa doa kan lah kita ye...sangat berdebar bila pikirkan kalau kalau tersangkut...kalau memang kita tau extend tu tak pe, ni kalau extend sebab satu subject je...alangkah ruginyaa....T_T

Rasanya tu je kot nak update....Kena selak-selak note ent ni...giler kalau tak study langsung...until then see ya next post!

"Kadang-kadang kesabaran itu penting dalam menangani kehidupan kita...tak semua orang melayan kita seperti kita melayan dia.."

with love,NAMN

Thursday, September 13, 2012

Sejak dua menjak ni macam malas sangat nak update blog...nak katekan tak de mase, cerita korea 20 episod dah habis dah kita tengok...idea tu ada, tapi macam malas nak taip..so terbiarlah blog kita ni kan..alololo cian die...hihi...

Sebenarnya sabtu ni ada test ENT..and dengar-dengar dari memember 11 chapter masuk...fuuuu~~ ceritanya kita tak baca satu hape pon...hebat tak hebat tak? padahal nanti bila on the day baru lah menggelabah gila kan yantie...ish ish ish...tak pernah serik kan yantie? padahal setiap kali nak test macam ni lah peel kita..tapi seriously tak boleh nak 'go' lah dengan ent ni...such a boring subject!

Sekarang ni rasa terkusutlah sangat, sebab pikirkan projek system tak siap lagi, ent tak siap lagi..dengan presentation its, paradigm...dugaan dugaan...minggu depan lagilah berderet test..achano nak handle tu? achano? Tetiba tahap ketensyenan tu datang dengan cepat sekarang ni...sabar je lah yang mampu di buat sekarang... insyaAllah kalau ni dugaan yang kita kena lalui untuk dapat kejayaan grade on time, haruslah kita berusaha betul-betul kan...ngeri sangat bila pikirkan kalau ada sangkut paper...arghh, scary....

Simptom simptom kerinduan pada family terpaksa ditangani dengan sabar..sebab masalah kewangan yang critis dan critical! macam ni lah kan setiap sem...hujung hujung sem je mesti masalah yang sama datang...tapi disebabkan sem ni duit ptptn di uruskan sepenuhnya sendirian berhad tak macam sem sem lepas yang 100% diuruskan oleh my mak...so bila duit ptptn dah habis terkontang kanting lah kita kat sini..kais pagi makan pagi...kalau tak boleh nak kais..makan meggi lah jawabnya...ok macam mengarut je kan...

Hari ahad ni insyaAllah kita akan menghadiri perkahwinan lecterur-to-be QMT200 kita sem lepas... Dah last-last sem ni rajin-rajinkanlah pergi kenduri kahwin, mana tau dapat tempias ke...#eh? kalau dah jodoh datang awal kan, tak kan nak tolak pulak... =3 perasan sungguh awak ni yanti! duit ptptn tu siapa nak bayar? *sigh*

Ok daripada kita berterus terusan melalut, sampai sini je kot kita nak update...


"Jika usaha kita untuk mendapatkan sesuatu hanya sedikit, tak perlu lah kita mengharapkan hasil yang banyak daripadanya"

until then see ya next post!



with love, NAMN
Salam


Wednesday, September 12, 2012

#wordless wednesday

Person that i love!=)

Monday, September 10, 2012

Ujian

MasyaAllah, makin dekat nak final ni macam makin banyak pulak ujiannya...first of course lah ujian bab-bab assignment yang berlambak...quiz yang berderet..and test yang bersusun...Seperti biasa sebagai student wajiblah biasa dengan semua tu..apa yang perlu adalah kesabaran je nak menghandle segala-galanya tu...

Sebenarnya kita rasa kita sangat-sangat down sekarang ni..tak tau lah kenapa...dengan kes tak dapat ikut family gi hantar akak kat shah alam hari tu..memang sadis gila..and tiba tiba rasa rindu kat family tu datang mencurah curah... ok menangis kejap *kesat air mata...* paling menyadiskan kita terperuk dekat UiTM Segamat ni dari hari khamis sampailah hari ahad..kebosanan membuatkan kita sangat-sangat tension..

Lepas tu dengan datang masalah yang macam batu menghimpap kepala..benda yang sebenarnya dah lama settle tibatiba datang balik..and seriously that thing sangat-sangat menyemak kat dalam kepala ni..supposedly dah tak payah pikir dah..asal benda tu muncul balik ek? *wondering* and seriously kita dah tak nak fikir dah benda tu, tak datangkan faedah apa-apa pun...mendatangkan dosa lagi adalah..please shuh shuh from my life! araso?

Kadang-kadang kita ni mudah terlupakan kan? mungkinlah kita tak bermaksud untuk meninggalkan Allah disaat kita senang..tetapi kita terlupa untuk berfikir kebaikan ataupun keburukan dari kesenangan yang Allah berikan tu..Bila Allah beri kita kesenangan, kita lupa meminta petunjuk atas kesenangan tu..atau mungkin Allah dah beri petunjuk pada kita..tapi kita memandang remeh petunjuk tersebut..dan akibatnya, semestinya kesenangan itu hanyalah sementara..dan sebenarnya ia membendung ke arah buruk berbanding kebaikan... astaghfirullahalazim..


"Ya Allah, Ya Rabbi..kau kuatkan lah hati hambaMu ini ya Allah...kau berilah aku petunjuk dan kekuatan agar apa yang aku lalui sentiasa mengikut jalanMu ya Allah..aku hambaMu yang sentiasa berbuat dosa ya Allah.kau berilah aku kesedaran ketika aku terkeluar dari jalanMu ya Allah...amin amin ya Rabbal alamin"

Until then, see ya next post...

with love,NAMN
Salam

Wednesday, September 5, 2012

SubhanaAllah...sangat-sangat penat hari ni....sekarang ni kaki kita lenguh sangat sangat..rasa nak cabut letak kat tepi..erk boleh ke?haha

Tadi pukul 1 camtu dapat mesej dari MR L..suruh jumpa dia hari ni..then after kelas balik bilik dulu..sempat tidur dalam setengah jam je..tu pun macam malas gile nak bangun..

Then pukul 2 pergi bilik MR L..pasal multimedia contest die terangkan segala..then kita diberi tugas untuk tempah kelas and buat flyers..keluar dari bilik MR L kita terus pergi HEA amik borang tempah kelas..then pergi SL ambil borang tempah makmal SL..then naik balik bilik MR L untuk minta cop, then turun HEA hantar borang and memanjat bukit balik ke kolej...mungkin disebabkan kita puasa tenaga tu tersangatlah low..

Sangat-sangat menyebalkan bila  balik bilik langsung tak boleh tidur disebabkan kita kat Malaysia bukan kat London..maksudnya panas tahap sauna bilik tu..then online jap, tengok movie jap, pastu baru lah buat-buat rajin nak buat flyers untuk contest tu...first time nak try buat flyers wokk...tak tahulah hancur ke hancuss..haha



Then after dah siap semua, terus pergi print...then balik tu tak sempat nak tidur..tengah tengah prepare nesvita untuk berbuka tetibe rumet cakap ada tiket lebih for dinner malam ni...separuh badan kita bersyukur sebab dapat rezeki, dan separuh badan kita membentak sebab penat sangat-sangat..tapi haruslah ikutkan phrase "Rezeki jangan ditolak" kan? then kita terus kena iron baju segala prepare nak gi dinner....

Then malam tu pergi dinner, rasanya tak sampai 30 minutes kot, terus balik sebab awal-awal dah dapat cop..haha..then bila dah sampai bilik baru kaki ni naik lenguhnya, badan ni naik penatnya... Tapi kalau layankan penatnya memang tak siap satu kerja lah kan...Terpaksa lah rajin rajinkan diri rendam baju kotor yang dah setinggi gunung dah...memang penat giler..

Esok tak tahulah kelas ent ade ke tak..kelas lain semua dah batal dah...minta minta lah batal...haha kejam... esok insyaAllah sambung berpuasa lagi...ya Allah izinkan lah aku menyelesaikan ibadat puasa enam ku sebelum penyakit bulanan ku sampai...insyaAllah..

Until then see ya next post!

**Sorry lah kalau awkward baca kita kita ni..sebab nak melatih diri menggunakan ayat sopan..insyaAllah


"Kalau kita bersungguh-sungguh memohon sesuatu daripada Allah, insyaAllah Allah akan berikan 'sesuatu' itu dengan penuh kemanisan.."
with love,Yantie
Salam