My lovely Followers

Followers

Friday, August 3, 2012

Curi-curi masa

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....lame rasanya tak  update blog...banyak kali dah tekan button new post, then type sepatah dua,then ke draft perginya..sebab? MALAS..haha...nak update blog pon malas ke yantie? aiyakk..=.=' Okay now already 3.36 pagi! dan seperti biasa mestilah kes study kan?kalau tak, tak de maknanya nak stay up-stay up bagai..Habbit berNescafe dah kembali..padahal dah berazam tak nak minum nescafe lagi...

Minggu ni tersangatlah busy..and sudah semestinya badan ni tersangatlah penat plus tak cukup tidur...bila lah boleh qada' tidur yang berPOSTPONE ni.. *thinking...dan ceritenya memang tak boleh nak qada'.. sebab macam busy semacam sampai lah ke ahad ni...next week? mungkin akan busy menyiapkan second phase of system project...phew..*sigh....sabar itu penting kan..dugaan semua ni..Allah kan sayangkan aku..=)

The best thing, aku dah dapat buat terawih lagi....yeay! bukan apa..lately ni tersangatlah busy sampaikan tak sempat pergi terawih..bukan malas ye, tapi tak sempat...even nak buat kat bilik pun tak sempat..boleh bayangkan tak tahap kebusyaan aku? Insyaallah lepas ni kalau tak ada apa-apa hal aku try merajinkan diri ke PI.. Seronok dah rasa pergi PI! sebab sebab sebab dapat duduk dengan dikalangan orang yang baik-baik.. *Mana ada penjenayah pergi rumah Allah* ok tu copy paste ayat dalam 7 petala cinta...*winkwink..

Alhamdulillah sebab kehidupan aku semakin hari semakin bahagia..insyaAllah..kekalkan lah kebahagiaan aku ini ya Allah...believe me, semakin kita mendekati Allah, nikmat kebahagiaan tu lain rasanya...tenang je hati ni... tu apa yang aku rasa lah...tapi sebenarnya bannnyaaaaakk lagi aku kena improve...setiap hari aku try, tapi that thing tak berjaya..mulut perempuan kan...haishh dosa kering...

Lately banyak pulak persoalan-persoalan yang orang tanya aku pasal 'perubahan' aku ni...di sini aku nak tegaskan <cewahh BM A+ kan> ini bukanlah perubahan, tetapi aku kembali ke jalanNya..sebelum ni aku terikut jalan yang bengkang bengkok..Punca aku berubah? memang dah lama aku berhajat nak tergolong dalam golongan yang cantik-cantik dan ayu-ayu bertuduh labuh dan menutup aurat dengan sempurna...tapi tak de maknanya NUR AZNAYANTI anak pakcik Mohamad Nor yang brutal ni nak dilihat sebagai gadis yang ayu...tang tu memang tak boleh nak ubah...tak tahu macam mana nak bercakap dalam nada perlahan, nak ketawa tanpa mengeluarkan bunyi...insyaAllah aku sedang try..tapi masih tidak berjaya...

Em em em..sedar tak sedar dah half of Ramadhan...kejap je rasa kan? tapi aku still berdebar sebab takut sepuluh malam terakhir tak berkesempatan nak buat terawih, makin nak cuti makin banyaklah kerja kan? insyaAllah try my best...but aku tersangatlah tak puas hati sebab lepaklepak kat ifc tu, tetibe dengar lagu raya..aku macam 'Haishh'..janganlah halau Ramadhan, kami masih belum lengkap amalan-amalan sunat ni...kalau boleh pagi raya tu baru bukak lagu raya tu, boleh tak? haha...

Macam terpanjang pulak menaip, biasalah kes malas nak study..tak pe lah sampai sini dulu aku update..esok aku ade test..pukul 8 pagi pulak..adess..=.='....wish me luck yer buddies! until then see ya next post!


With love,yantie.
Salam

2 comments: