My lovely Followers

Followers

Sunday, August 5, 2012

Berakhir

Alhamdulillah kebusyaan minggu ini berakhir lah dengan berakhirnya pc maintanence tadi...fuh fuh fuh...penat sangat hari ni..dengan nak melayan perut yang macam ARGGHH...ok bertendang-bertendang...

Ceritanya tadi aku ada event pc maintanence...since jumaat tu dah start, tapi that day untuk fasi je...tapi tak de lah penat sangat..tapi hari ni untuk student part1 sekali...so supposedly pukul 9 dah start dah talk kat DK...tapi ceritanya aku dengan zira terbangun lambat...amboi macam berjanji pulak kan...serentak pulak tu sedar dari tidur...then then siap-siap terus gerak gi DK..nasib lah dah ada sorang dua fasi kat situ...tak de lah terbiar budak part 1..then lepas talk dalam pukul 10 camtu, part 1's student ni kena pergi blok I pulak untuk session "bedah PC....so far dari apa yang aku nampak, batch part1 sem ni senang dihandle....tak tau lah kalau dah naik sem atas2 dah mula tunjuk tanduk2...wallahualam...

ok malas dah nak cerita pasal event tu....emm...kucing aku mati....actually tu kucing baru...aku tak sempat nak tengok lagi...tapi seriously esaited tau nak jumpa..sebab akak cakap comel..then semalam petang akak call cakap COMOT tak bergerak...dia macam kembung perut tau,kiranya macam dah static je tak bergerak,tapi still bernafas...then2 tak lama lepas tu akk cakap dia dah mati...aku tak nak tanya lebih-lebih..sebab nanti kompem aku nangis....tapi aku still sedih, sebab aku tau dia dah jadik part of our family..tup tup dah mati...uwaaa...akak aku lagi lah berdouble2 dia rasa sedih..sebab dia yang bela...selama ni seriously dia jenis malas nak melayan-layan kucing ni...tapi since dapat kucing ni, aku tengok dia yang esaited...rupa-rupanya sekejap je nyawa kucing tu...mungkin Allah nak lembutkan hati akak untuk sayang binatang...sebab dulu2 seriously dia jenis tak suka kucing-kucing bagai ni..tapi makin lama dia makin suka,then bila ada COMOT dia take responsibilities untuk bela..kadang-kadang kalau aku tengah on-call dengan dia mesti dia kadang-kadang cakap.."alamak, akak tercakap kuat pulak, comot tengah tidur tu".....kita tak tau apa rancangan Allah, mungkin sesuatu yang lebih besar nikmatnya akan datang menggantikan kehilangan comot dalam keluarga kitorang..insyaAllah..

setakat itu je lah nak update...badan penat, berniat nak qada' tidur..boleh kah?insyaAllah...until then see ya next post ye...=)

p/s: Kadang-kadang semakin banyak bercakap, semakin banyak juga kebodohan terserlah.

with love,yantie
Salam

No comments:

Post a Comment