My lovely Followers

Followers

Friday, August 3, 2012

Bakal imam.

Wahai bakal imamku..
Bila tiba masanya Allah pertemukan kita, janganlah engkau berani menegurku..
Menyukai secara senyap lebih didekatkan hati olehNya


Wahai bakal imamku..
Setelah hati kita didekatkan, janganlah engkau cuba menghubungiku..
Biarlah kita kekal seperti ajnabi,supaya tidak berlaku sebarang zina..


Wahai bakal imamku..
Apabila hatimu sudah terpaut, berusahalah engkau untuk mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam..supaya syurga menanti untuk kita.

Wahai bakal imamku..
Apabila rohanimu sudah bersedia, lengkapkan persiapan fizikal..
supaya kelak kehidupan bersama terjamin..

Wahai bakal imamku..
Jika sudah bersedia, berjumpalah engkau dengan walidku..
Kerana keputusanku bergantung kepada keputusan mereka.

Wahai bakal imamku..
Aku tidak secantik mereka-mereka di luar sana, tetapi jika engkau dapat lihat aku dari sisi yang betul..
insyaAllah cantiklah aku di sisimu..

Wahai bakal imamku..
Syurgaku bakal bergantung padamu setelah ikatan sah..bimbinglah aku supaya menjadi makmum yang solehah..supaya kita bukan hanya suami isteri di dunia tapi bakal bertemu di jannah kelak..


"Janganlah menjadi solehah untuk mendapatkan lelaki yang soleh, tetapi berusahalah menjadi solehah sehinggakan lelaki soleh yang mencari anda.."

No comments:

Post a Comment