My lovely Followers

Followers

Wednesday, July 18, 2012

Semakin dekat...

Haish makin dekat makin tak sabar pulak! ape yang makin dekat ni? of course lah makin dekat nak masuk bulan Ramadhan kan...insyaAllah Ramadhan kali ni, nak jadikan Ramadhan yang bermakna untuk tahun ni..insyaAllah..

Ehem, pagi tadi actually aku berniat nak puasa..semalam pun dah sahur dah...kebetulan ada pulak sisa beberapa ketul keropok lekor and satah goreng..alang-alang tu buat sahur sekali lah..then then lepas habis kelas ITS tadi supposedly aku ada kelas DATA STRUCT lepas tu..tapi cancel..then bila Zira tau kelas aku cancel..dia terover excited pulak nak ajak aku gi lunch..dia tanya "Kau puasa ke Yantie?"..aku just krik krik krik...tak tau kenapa berat pulak mulut nak jawab "YE"..at last, aku berbuka jugak..ish3, lemah sungguh iman aku..mungkin ni ada hikmah kot... ye lah patutnya dah dekat-dekat nak masuk Ramadhan ni..tak digalakkan berpuasa kan... tapi tapi....insyaAllah esok aku puasa...^^

Esok aku ada quiz QMT...takut pulak sebab macam confius sikit bab Linear Programming ni...tadi dah study dah kat library, jap lagi nak touch up sikit-sikit...actually sem ni aku macam tak confident sikit dengan subject-subject aku..lagi-lagi macam terlebih tak fokus pulak aku sem ni..tak tau lah kenapa...haish yantie, kan nak grad on time..so haruslah usaha lebih sikit....maybe awal-awal ni lari sikit semangat ni...

Dan haruslah tak sabar nak balik rumah jumaat ni..YAY!  bag pun dah pack eh..nampak kan betapa berkobarnya semangat aku ni..hekhuk...em em em...tu je kot nak cerite...nak study QMT jap lagi....until then see ya next post ye!

p/s: Ramadhan yang bakal menjelma ni boleh menjadi titik permulaan bagi siapa yang mahu berubah ke arah kebaikan. Ya, hidayah milik Allah, maka usahalah untuk mendapatkan hidayah yakni dengan berpuasa, mengikut segala tuntutan puasa, mendekatkan diri dengan masjid, cuba membaca Quran, rajinkan diri solat berjemaah dan waktu bulan Ramadhan ni ramai orang suka bersedekah, apa kata kita cuba juga hulur sikit2 kat tabung masjid dan kepada org miskin, dan bantulah orang yang bersedekah ni mendapat pahala puasa kita dengan cara kita pergi makan makanan berbuka yang disediakan di masjid-masjid. Tak payah masak kat rumah pun tak mengapa, janji kat masjid tak bazir :) Membazir kan amalan syaitan..


with love,Yantie
Salam

No comments:

Post a Comment