My lovely Followers

Followers

Thursday, July 19, 2012

Semua dengan izinNya

Wahhh tak sabar la hai nak tunggu esok! tak sabar nak sambut Ramadhan kat rumah...esok mengikut perancangan nak balik naik bas..tapi tapi tetibe terfikir Amir pun balik jugak kan, so why not aku tumpang die je kan..ihiks... dah suruh bob cakap kan dah, mintak-mintak lah boleh...malas sebenarnya nak naik bas ting tong tu, lagi-lagi memang semua balik kan..sah-sah lah penuh macam sardin bas tu karang...fuuu~~

em em...

Aku bahagia! yes aku bahagia...tak tahu kenapa selama ni aku tak dapat rasa bahagia macam ni..mungkin sebab hati aku banyak dengan dosa kot..Astaghfirullahalazim....aku penah baca satu ayat ni , "Orang yang hidup berlandaskan jalan Allah, semua benda yang dia lakukan akan berjalan dengan lancar"..dan insyaAllah aku dah rasa semua tu..doa aku selama ni mungkin dah dikabulkan, apa yang aku nak lupakan insyaAllah berjaya aku lupakan...melupakan tak bermaksud benci..tak dapat apa-apa kebaikan pun dengan membenci seseorang kan? aku sentiasa selitkan dalam doa aku untuk kebahagiaan orang-orang tertentu...yang pasti kebahagiaan tu bukan dengan aku..^^

Allah know the best...kadang-kadang bila datang sesuatu masalah tu, automatik kita rasa terbeban sangat kan..tapi cuba kita fikirkan dari sudut yang lain..cuba berfikir mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi..insyaAllah kita akan lalui sesuatu masalah tu dengan tenang..the best word is REDHO..bukan senang nak wujudkan perasaan tu..tapi belum cuba belum tahu kan...

Apa yang penting sekarang masukkan dalam list, FIRST untuk balas jasa parents kita...sama-sama kita perbaiki keluarga untuk melangkah masuk ke syurga bersama-sama, insyaAllah...jatuh bangun kita selain Allah, keluarga lah yang sentiasa support kita..so, haruslah kita pentingkan keluarga dalam apa-apa situasi sekalipun..araso?

emm...

Cinta? Allah sudah tentu kan jodoh kita sejak kita dalam rahim mak kita lagi..so, siapalah kita nak sibuk-sibuk mencari sekarang..tiba masanya, jodoh tu akan datang sendiri..mungkin tu kesilapan aku sebelum-sebelum ni sibuk-sibuk mencari, dan akhirnya berakhir macam tu je...mungkin sebab bukan dengan redho Allah...sekarang pun kita boleh tengok kan banyak dah Allah tunjukkan kebahagiaan orang yang kahwin dengan redhoNya..aku nakkan kebahagiaan yang tu...bercinta lepas kahwin banyaaaaakkk kemanisannya kan..lebih senang nak mengenali satu sama lain kalau sudah halal..^^..aku bukanlah perempuan yang sempurna untuk dapat lelaki yang soleh..tapi insyaAllah aku akan persiapkan diri menjadi solehah hinggakan lelaki soleh nak kan aku....insyaAllah...doakan aku ye!

Rasanya sampai sini je kot post untuk kali ni, aku bukanlah manusia yang perfect..tapi insyaAllah jika entry aku kali ni dianggap sebagai dakwah...alhamdulillah...Kalau ada aku tersalah cakap mengenai hukum hakam, tegurlah...saya budak baru belajar..^^



P/S:“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin."


With love,Yantie
Salam

No comments:

Post a Comment